Program Labur Berhemah direka untuk memberi pendedahan asas tentang dunia pelaburan dan pasaran saham kepada orang ramai.
Matlamat utama program ini adalah untuk membantu peserta memahami konsep pelaburan, risiko pasaran, dan cara membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.
Kelas ini sesuai untuk mereka yang ingin menambah ilmu pelaburan secara berstruktur dan berhemah, tanpa unsur spekulasi atau janji keuntungan.
Apa itu Labur Berhemah?
Satu program pendedahan dunia pelaburan di atas inisiatif Dato’ Dr. Nazri Khan kepada rakyat Malaysia. Semua orang boleh melabur tetapi ILMU adalah kewajipan dalam setiap apa pekerjaan.
Labur Berhemah adalah kelas pendidikan kewangan yang memberi fokus kepada:
Asas pelaburan dan pasaran saham
Cara menilai risiko dalam pelaburan
Prinsip pengurusan modal
Psikologi pelabur dan disiplin kewangan
Memahami bagaimana pasaran bergerak
Program ini menekankan kepentingan ilmu sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Besarkan Portfolio Kewangan
Mulakan dengan modal yang kecil dan bina porfolio anda sehingga besar mengikut matlamat kewangan anda. Gunakan strategi yang betul untuk dapat keuntungan secara berterusan.
Bijak Cari Peluang
Peluang sentiasa ada di depan mata tetapi sebagai orang yang berada di luar, kita tak perasan yang peluang sedang menunggu kita.
100% Tidak Perlu Perhatian Anda
Anda boleh serahkan pengurusan dana anda kepada pengurus dana berlesen, sementara anda fokus pada perkara lain dan biarkan potensi keuntungan berkembang.
Siapa Yang Sesuai Sertai
Program ini sesuai untuk:
Individu yang baru ingin mengenali dunia pelaburan
Mereka yang mahu memahami asas pasaran saham
Individu yang ingin meningkatkan literasi kewangan
Pelabur yang ingin memahami risiko sebelum melabur
Anda pelabur yang mana?
Apa Yang Anda Akan Pelajari
Memahami bagaimana pasaran saham berfungsi dan siapa pemain utama dalam pasaran.
Setiap pelaburan mempunyai risiko. Peserta akan memahami bagaimana menilai risiko sebelum membuat keputusan.
Pengenalan kepada cara membaca pergerakan pasaran dan memahami sentimen pasaran.
Kepentingan mengurus modal dan mengelakkan risiko berlebihan dalam pelaburan.
Bagaimana mengawal emosi dan membuat keputusan yang lebih rasional dalam pelaburan.
KENYATAAN PENAFIAN: Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa depan. Semua maklum balas dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelabur adalah atas kehendak dan persetujuan pelabur itu sendiri tanpa adanya unsur desakan, bayaran atau perkara seumpamanya daripada mana-mana pihak. Oleh itu, semua pelabur dan bakal pelabur dinasihatkan untuk mengambil tahu dan memahami setiap risiko dan terma serta syarat yang terdapat dalam pelaburan sebelum melibatkan diri dalam apa-apa jenis pelaburan. Pelabur dinasihatkan untuk membanding dan mempertimbangkan yuran, caj, dan kos yang terlibat serta menilai risiko sendiri dan mencari nasihat profesional jika diperlukan. Sila ambil perhatian bahawa beberapa produk berisiko tinggi tidak digalakkan untuk beberapa kategori pelabur tertentu. Maklumat di atas tidak di semak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia