Pengenalan
Selamat datang ke Labur Berhemah, sebuah inisiatif pendidikan kewangan oleh DDNK Holdings. Dasar polisi ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat peribadi anda apabila anda mendaftar untuk sesi kami atau menggunakan laman web ini.
Dengan mendaftar atau menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan terma yang diterangkan di bawah.
Maklumat Yang Kami Kumpul
Apabila anda mendaftar untuk sesi Labur Berhemah, kami mengumpul maklumat berikut:
- Nama penuh
- Nombor telefon (WhatsApp)
- Alamat e-mel
- Pekerjaan dan status pekerjaan
- Lokasi sesi yang dipilih
- Bajet pelaburan
Kami juga mungkin mengumpul maklumat teknikal seperti alamat IP, jenis pelayar, dan corak penggunaan laman web melalui pixel tracking dan analitis (rujuk Bahagian 07).
Cara Kami Guna Maklumat
Maklumat yang anda berikan digunakan untuk tujuan berikut:
- Mengesahkan dan menguruskan pendaftaran anda untuk sesi
- Menghantar pengesahan, peringatan, dan butiran sesi melalui WhatsApp atau e-mel
- Memahami profil peserta untuk penambahbaikan kandungan sesi
- Menghubungi anda jika terdapat perubahan pada sesi (perubahan tarikh, lokasi, dll)
- Menghantar maklumat berkaitan sesi atau program lain DDNK Holdings yang mungkin relevan (anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa)
Perkongsian Dengan Pihak Ketiga
Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Maklumat anda hanya dikongsi dalam keadaan terhad berikut:
- Penyedia perkhidmatan teknikal yang membantu kami menjalankan laman web ini (cth: penyedia hosting, perkhidmatan e-mel) tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan
- Apabila diperlukan oleh undang-undang Malaysia atau permintaan rasmi pihak berkuasa
- Untuk melindungi hak, harta, atau keselamatan DDNK Holdings, peserta lain, atau pihak ketiga
Keselamatan Data
Kami melaksanakan langkah-langkah teknikal dan pentadbiran yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada akses tanpa kebenaran, perubahan, pendedahan, atau pemusnahan. Walau bagaimanapun, tiada kaedah penghantaran data atau penyimpanan elektronik yang 100% selamat. Anda menggunakan perkhidmatan ini atas risiko anda sendiri.
Hak Anda
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia), anda mempunyai hak untuk:
- Mengakses maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda
- Membetulkan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap
- Memohon pemadaman maklumat anda dari sistem kami
- Menarik diri daripada menerima komunikasi pemasaran
- Membuat aduan kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi
Untuk menggunakan hak ini, sila hubungi kami melalui e-mel di bahagian "Hubungi Kami" di bawah.
Kuki & Tracking
Laman web ini menggunakan kuki dan teknologi tracking yang serupa untuk:
- Menyimpan keutamaan bahasa anda (BM atau EN)
- Mengingati maklumat borang yang anda mula isi
- Menjana statistik penggunaan laman web melalui Google Analytics
- Mengukur prestasi kempen pemasaran melalui Facebook Pixel dan TikTok Pixel
Anda boleh mematikan kuki melalui tetapan pelayar anda. Walau bagaimanapun, sebahagian fungsi laman web mungkin tidak berfungsi sepenuhnya tanpa kuki.
Penafian Pelaburan
Sesi Labur Berhemah adalah untuk tujuan pendidikan dan perkongsian ilmu sahaja. Ia BUKAN nasihat kewangan peribadi.
DDNK Holdings dan rakan kongsi tidak menyediakan perkhidmatan pengurusan dana atau nasihat pelaburan peribadi melalui sesi ini. Maklumat yang dikongsi adalah bersifat umum dan tidak mengambil kira keadaan kewangan, objektif, atau toleransi risiko individu anda.
Prestasi masa lalu tidak menjamin prestasi masa depan. Tiada jaminan keuntungan diberikan. Pelaburan melibatkan risiko dan anda mungkin kehilangan sebahagian atau keseluruhan modal anda.
Sebarang keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri. Sila dapatkan nasihat penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Terma Penggunaan
Tempahan Slot
Slot adalah terhad kepada 20 peserta dan diberikan secara siapa cepat dia dapat. Pendaftaran tertakluk kepada pengesahan oleh pihak penganjur.
Pembatalan
Sekiranya anda tidak dapat menghadiri sesi, sila maklumkan kepada kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh sesi supaya slot anda boleh ditawarkan kepada peserta dalam senarai menunggu.
Perubahan Sesi
Penganjur berhak untuk mengubah tarikh, masa, atau lokasi sesi atas sebab di luar kawalan. Peserta yang berdaftar akan dimaklumkan secepat mungkin.
Tingkah Laku
Kami berhak menolak kehadiran sesiapa yang menganggu sesi atau melanggar peraturan tempat sesi. Tiada bayaran perlu dipulangkan kerana sesi ini adalah percuma.
Polisi Pemulangan
Pendaftaran dan kehadiran sesi Labur Berhemah adalah PERCUMA. Tiada bayaran dikenakan untuk slot anda.
Pendaftaran Percuma
Memandangkan pendaftaran ini ditawarkan secara percuma, tiada pemulangan wang diperlukan atau diberikan untuk pembatalan kehadiran oleh mana-mana pihak.
Pembatalan Oleh Peserta
Sekiranya anda mendaftar tetapi tidak dapat hadir, sila maklumkan kepada kami sekurang-kurangnya 48 jam sebelum tarikh sesi. Slot anda akan ditawarkan kepada peserta lain dalam senarai menunggu. Tiada penalti atau caj dikenakan.
Pembatalan Oleh Penganjur
Sekiranya sesi terpaksa dibatalkan atas sebab di luar kawalan kami (force majeure, isu logistik, kesihatan awam, dll), peserta yang berdaftar akan dimaklumkan dengan kadar segera melalui WhatsApp atau e-mel. Anda akan ditawarkan untuk:
- Menempah slot dalam sesi seterusnya secara automatik
- Atau membatalkan pendaftaran tanpa sebarang implikasi
Kutipan & Jualan Semasa Sesi
Pada sesetengah sesi, mungkin terdapat jualan produk pendidikan (cth: buku, modul kursus) atau tawaran kursus lanjutan secara langsung. Semua pembelian ini bersifat sukarela sepenuhnya dan tiada paksaan ke atas peserta.
Untuk sebarang pembayaran atau pembelian yang dibuat semasa sesi, terma pemulangan adalah seperti berikut:
- Produk fizikal (buku, material) — boleh dipulangkan dalam tempoh 7 hari jika produk masih dalam keadaan asal dan belum digunakan, tertakluk kepada pemeriksaan. Caj penghantaran balik ditanggung oleh peserta.
- Pendaftaran kursus lanjutan / produk digital — terma pemulangan khusus akan dinyatakan secara bertulis pada masa pembelian. Sila baca terma tersebut sebelum membuat bayaran.
Resit rasmi akan diberikan untuk setiap pembayaran. Sebarang pertikaian berkaitan kutipan semasa sesi hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh sesi.
Produk & Perkhidmatan Berbayar (Online)
Sekiranya DDNK Holdings menawarkan produk atau perkhidmatan berbayar secara dalam talian pada masa hadapan (seperti kursus video, mentorship online, atau langganan), terma pemulangan berasingan akan disediakan untuk produk tersebut pada masa pembelian.
Tuntutan Perbelanjaan
Penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang perbelanjaan peribadi peserta seperti pengangkutan, penginapan, atau makan walaupun sesi dibatalkan. Peserta dinasihatkan untuk merancang perjalanan secara fleksibel.
Perubahan Polisi
Kami mungkin mengemaskini dasar polisi ini dari semasa ke semasa. Versi terkini akan sentiasa dipaparkan di halaman ini dengan tarikh kemaskini di atas. Anda dinasihatkan untuk menyemak halaman ini secara berkala.
Penggunaan berterusan laman web atau perkhidmatan kami selepas perubahan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap polisi yang dikemaskini.
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan, aduan, atau permintaan berkaitan dasar polisi ini atau hak data anda, sila hubungi kami:
Berjaya Times Square
No.1 Jalan Imbi 55100
Kuala Lumpur